Mungkin ya, disebabkan faktor usia dan pakaian yang digayakan. Bagaimana caranya untuk menilai kematangan seseorang? Matang itu bukan pada usia,semestinya.Age ain't nothing but a number, right?
Rupa paras? Adakah mereka yang kelihatan matured semestinya berfikiran dan bertindak lebih matang daripada mereka yang mempunyai muka keanak-anakan atau baby face?
Bagaimana anda mendifinisikan perkataan itu sendiri?
Ini adalah tafsiran saya sendiri mengenai kematangan.
1. Tahu tujuan hidup. Seseorang yang pada fikiran saya matang adalah individu yang sedar mengapa mereka diciptakan, apa tujuan hidup dan hala tuju hidup mereka sendiri. Yes,menjadi hamba dan mengabdikan diri kepada-Nya. Itulah sebab mengapa manusia diciptakan.
" Tidak aku jadika jin dan manusia itu supaya mereka mengabdikan diri kepadaku" (Az-Zariyat:56)
Tujuan hidup?
Firman Allah 'Azza wa Jalla buat hamba-Nya :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ أمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوآ إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya, agar kalian beroleh kejayaan. [Al-Maidah: 35]
Hala tuju? Syurga, thats it.
" Dan orang yang bertaqwa kepada Tuhan, mereka akan dibawa ke syurga secara berombong-rombongan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata :"Salam sejahtera ke atas kamu, berbahagialah kamu, silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)."
(Al-Zumar;73)
Mereka yang jelas tentang tujuan mengapa mereka diciptakan, tujuan dan hala tuju hidup mereka sendiri pada pendapat saya tidak akan mudah membuang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti terlalu banyak hiburan,sentiasa memperbaiki diri dan sentiasa berfikiran jauh, bukan mengikut kehendak nafsu duniawi semata-mata *tampar diri sendiri
2. Bertangggungjawab. Individu yang pada fikiran saya matang adalah mereka yang tidak melepaskan tanggungjawab mereka terhadap orang lain, bertanggungjawab bukan hanya kepada diri sendiri, tetapi juga orang di sekelilingnya, bahkan juga dipercayai oleh orang lain untuk menggalas sesuatu tanggungjawab di bahunya. Individu tersebut juga cenderung untuk tidak hanya mementingan diri sendiri, sebaliknya turut sama mempunyai rasa tanggungjawab terhadap manusia di sekitarnya. Pada pandangan saya, mereka yang mampu memimpin mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi dalam diri.
3. Rasional dalam tindakan. Dalam erti kata lain, bijak berhadapan dengan masalah ,membuat keputusan yang betul.Mereka mampu membezakan perkara yang dilihat mampu memberi faedah, atau sebaliknya hanya merugikan diri sendiri. Pada pendapat saya, biasanya orang yang bijak berhadapan dengan masalah adalah orang yang tidak cepat mengeluh dan melatah apabila ditimpa musibah, sebaliknya bersabar dan berfikiran positif dalam mencari jalan penyelesaian. Contoh orang yang tidak cepat mengeluh atau melatah; tidak cepat mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'bangang, 'siot', 'gila' dan sewaktu dengannya.
4. Mampu berdikari. Mereka yang berdikari biasanya tidak sentiasa mengharapkan orang lain, dan mampu 'menggerakkan' diri sendiri tanpa disuruh.
5. Pandai mengurus diri mereka sendiri. Contohnya, pelajar yang menghabiskan elaun bulanan pada awal bulan hanya untuk perkara yang tidak bermanfaat dan akhirnya? Terpaksa mengikat perut di hujung bulan. Hal ini juga dilihat dari aspek pengurusan masa seseorang individu.Contoh individu yang gagal menguruskan masa dengan baik seperti; tidur lewat, bangun lewat, dan menyebabkan aktiviti lain tertangguh seperti terpaksa ponteng ke kelas?
Mereka yang tahu menghargai masa dilihat pada pandangan saya adalah seorang yang matang.
Mereka yang tahu menghargai masa dilihat pada pandangan saya adalah seorang yang matang.
Kematangan sebenarnya dibentuk oleh kepercayaan atau belief system, yang seterusnya akan dizahirkan oleh sikap seseorang. Dan kematangan seseorang itu lebih mudah dinilai oleh yang rapat dengan mereka, berbanding menilainya sendiri.
Kenapa perlunya kematangan? Jika diundurkan masa dan diperhatikan realiti zaman para sahabat dahulu, remaja yang matang dari segi emosi dan spiritual inilah yang banyak menyumbang kepada perkembangan agama, bukan hanya dilihat sebagai 'budak-budak hingusan' yang mementingkan keseronokan semata-mata.
Mungkin definisi matang itu dilihat daripada perspektif yang berbeza oleh anda. Hanya sekadar meluahkan pendapat sendiri mengenai kematangan, kerana saya suka menilai kematangan seseorang dan melihat cara seseorang itu berfikir, serta mudah tertarik dengan mereka yang berfikiran matang :)