Selamat tahun baru...Sedar tak sedar, umurku sudah mencecah 19 tahun. Ya, 19 TAHUN..adakah ia sebenarnya angka yang besar? Adakah 19 tahun itu merupakan satu jangka masa yang lama?
Sebenarnya, aku sendiri tak tahu sama apakah tujuan post ini..hanya sekadar ingin meluahkan perasaan atau sekadar mengisi kekosongan malam tatkala sukar untuk melelapkan mata. Hmmm, mungkin rasanya disebabkan ingin mengisi masa sementara menunggu masa untuk rasa mengantuk menguasai diri...
Tatkala memerhatikan cermin di hadapan, satu wajah ditatapi...wajahku yang pada 1/1/2012 ini yang kini sudah mencecah 19 tahun....19 merupakan angka yang besar sebenarnya, kerana sememangnya mustahil untuk kita menjangkakan hidup di dunia yang sementara ini...
Mohd Jamil Yaacob dan Hasmah bt Hj. Mat Ajam. Dua nama yang berdiri teguh di sebalik diriku yang menjangkau usia 19 tahun. Dua insan yang di mana tanpa mereka, aku tidak mungkin akan berdiri di tempat aku berada sekarang. Dua manusia yang paling banyak menaburkan jasa-jasa terhadap diriku, dari saat pertama aku melihat dunia sehingga sekarang.
Terlalu susah rasanya untuk meluahkan perasaan sebenar aku terhadap mereka. CINTA?? Mungkin lebih daripada itu. Tiada perkataan yang sesuai dalam diari hidupku untuk digunakan...SAYANG? tidak cukup rasanya untuk perkataan ‘sayang’ itu digunakan untuk membalas jasa-jasa yang telah mereka curahkan. Kerana aku sayangkan mereka lebih dari segala-galanya. Segala-galanya termasuk diriku.
Alhamdulillah. Aku hanya mampu bersyukur kerana diberi kesempatan untuk dijaga oleh mereka oleh Allah. Terima kasih kerana engkau kirimkan mereka sebagai ibubapaku. Peliharalah mereka, lindungilah mereka dan masukkalah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman, ya Allah.
Tiada kesusahan dan dilimpahi dengan kasih sayang. Dua nikmat besar yang Allah kurniakan kepadaku melalui mereka. Sekali lagi aku bersyukur ke-hadrat illahi di atas segala-galanya. Aku sedar tatkala sesetengah daripada kita dilahirkan tanpa ibubapa. Ada juga yang mempunyai keluarga yang bercerai-berai. Ada juga yang mempunyai kedua-duanya, tetapi tidak dapat merasai apa ertinya ‘kasih sayang’. Ada daripada mereka yang dilahirkan dalam kesempitan hidup dan kesusahan untuk mencari makanan hampir setiap hari. Namun, boleh dikatakan aku mempunyai hampir segala-galanya. Tidak pernah merasai erti peritnya hidup. Tidak pernah merasai bagaimana rasnya kelaparan kerana tidak mampu membeli sesuap nasi. Tidak pernah tahu bagaimana susahnya segelintir orang di luar sana mencari nafkah untuk memastikan mereka tidak kebuluran pada hari-hari mendatang.
Tidak terhitung banyaknya jika difikirkan kembali pengorbanan mereka. Mohd Jamil Yaacob, you had been my idol ever since I was small... You had given me the most delicious delicacies to eat, the best dress to wear, the best shelter to live in, and also the best of education, which takes me to the point where I am standing right now. Hasmah bt Hj. Mat Ajam ; I’ll forever be like a little toddler who tries to learn how to walk for the first time. I need you to watch my steps, cause I don’t know where does my feet gonna take me to. Please teach me how to walk, cause I don’t know how to go through this life properly. Please hold my hands tightly, cause I might fell down one day .Please guide me and keep your eyes closely on me, cause I might choose the wrong path. Just please stay by my side till end.
I will always try my BEST to be the BEST daughter for both of you.
*Peluang untuk hidup hanya sekali. Nak 'enjoy' dengan hiburan atau duit yang dimiliki, atau bercintan-cintun segala bagai untuk mencari keseronokan, ingatlah, "Ajal" is too near to be prodigally wasted on the mundanes.
I will always try my BEST to be the BEST daughter for both of you.
.........................................
19 merupakan jumlah angka yang besar.
Usia meningkat. Masa semakin suntuk.
Semakin suntuk untuk mencari apa itu erti hidup.
Semakin suntuk untuk mencari ilmu dan memperbaiki diri.
Semakin suntuk untuk menghargai semua orang yang kita sayangi.
Semakin suntuk untuk menghargai semua orang yang kita sayangi.
Semakin suntuk untuk meningkatkan iman dan memperbanyakkan ibadat.
Semakin suntuk untuk mengejar cintaNya.
Semakin suntuk untuk mengejar cintaNya.
*Peluang untuk hidup hanya sekali. Nak 'enjoy' dengan hiburan atau duit yang dimiliki, atau bercintan-cintun segala bagai untuk mencari keseronokan, ingatlah, "Ajal" is too near to be prodigally wasted on the mundanes.
No comments:
Post a Comment