Thursday, September 12, 2013

Anda matang?

Adakah gambar di bawah ini menunjukkan kematangan?


Mungkin ya, disebabkan faktor usia dan pakaian yang digayakan. Bagaimana caranya untuk menilai kematangan seseorang? Matang itu bukan pada usia,semestinya.Age ain't nothing but a number, right?




 Rupa paras? Adakah mereka yang kelihatan matured semestinya berfikiran dan bertindak lebih matang daripada mereka yang mempunyai muka keanak-anakan atau baby face?

Bagaimana anda mendifinisikan perkataan itu sendiri?

Ini adalah tafsiran saya sendiri mengenai kematangan.

1. Tahu tujuan hidup. Seseorang yang pada fikiran saya matang adalah individu yang sedar mengapa mereka diciptakan, apa tujuan hidup dan hala tuju hidup mereka sendiri. Yes,menjadi hamba dan mengabdikan diri kepada-Nya. Itulah sebab mengapa manusia diciptakan.


" Tidak aku jadika jin dan manusia itu supaya mereka mengabdikan diri kepadaku" (Az-Zariyat:56)

Tujuan hidup?

Firman Allah 'Azza wa Jalla buat hamba-Nya :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ أمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوآ إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya, agar kalian beroleh kejayaan. [Al-Maidah: 35]

Hala tuju? Syurga, thats it.

Dan orang yang bertaqwa kepada Tuhan, mereka akan dibawa ke syurga secara berombong-rombongan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata :"Salam sejahtera ke atas kamu, berbahagialah kamu, silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)."
 (Al-Zumar;73)

Mereka yang jelas tentang tujuan mengapa mereka diciptakan, tujuan dan hala tuju hidup mereka sendiri pada pendapat saya tidak akan mudah membuang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti terlalu banyak hiburan,sentiasa memperbaiki diri dan sentiasa berfikiran jauh, bukan mengikut kehendak nafsu duniawi semata-mata *tampar diri sendiri

2. Bertangggungjawab. Individu yang pada fikiran saya matang adalah mereka yang tidak melepaskan tanggungjawab mereka terhadap orang lain, bertanggungjawab bukan hanya kepada diri sendiri, tetapi juga orang di sekelilingnya, bahkan juga dipercayai oleh orang lain untuk menggalas sesuatu tanggungjawab di bahunya. Individu tersebut juga cenderung untuk tidak hanya mementingan diri sendiri, sebaliknya turut sama mempunyai rasa tanggungjawab terhadap manusia di sekitarnya. Pada pandangan saya, mereka yang mampu memimpin mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi dalam diri.



3. Rasional dalam tindakan. Dalam erti kata lain, bijak berhadapan dengan masalah ,membuat keputusan yang betul.Mereka mampu membezakan perkara yang  dilihat mampu memberi faedah, atau sebaliknya hanya merugikan diri sendiri. Pada pendapat saya, biasanya orang yang bijak berhadapan dengan masalah adalah orang yang tidak cepat mengeluh dan melatah apabila ditimpa musibah, sebaliknya bersabar dan berfikiran positif dalam mencari jalan penyelesaian. Contoh orang yang tidak cepat mengeluh atau melatah; tidak cepat mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'bangang, 'siot', 'gila' dan sewaktu dengannya.



4. Mampu berdikari. Mereka yang berdikari biasanya tidak sentiasa mengharapkan orang lain, dan mampu 'menggerakkan' diri sendiri tanpa disuruh.


Contoh paling mudah 'menggerakkan diri' tanpa disuruh; bangun untuk solat subuh sendiri di awal waktu tanpa dikejutkan oleh orang lain.simple, right? dan semestinya banyak contoh lain lagi.

5. Pandai mengurus diri mereka sendiri. Contohnya, pelajar yang menghabiskan elaun bulanan pada awal bulan hanya untuk perkara yang tidak bermanfaat dan akhirnya? Terpaksa mengikat perut di hujung bulan. Hal ini juga dilihat dari aspek pengurusan masa seseorang individu.Contoh individu yang gagal menguruskan masa dengan baik seperti; tidur lewat, bangun lewat, dan menyebabkan aktiviti lain tertangguh seperti terpaksa ponteng ke kelas?

Mereka yang tahu menghargai masa dilihat pada pandangan saya adalah seorang yang matang. 




Kematangan sebenarnya dibentuk oleh kepercayaan atau belief system, yang seterusnya akan dizahirkan oleh sikap seseorang. Dan kematangan seseorang itu lebih mudah dinilai oleh yang rapat dengan mereka, berbanding menilainya sendiri.

Kenapa perlunya kematangan? Jika diundurkan masa dan diperhatikan realiti zaman para sahabat dahulu, remaja yang matang dari segi emosi dan spiritual inilah yang banyak menyumbang kepada perkembangan agama, bukan hanya dilihat sebagai 'budak-budak hingusan' yang mementingkan keseronokan semata-mata.
Mungkin definisi matang itu dilihat daripada perspektif yang berbeza oleh anda. Hanya sekadar meluahkan pendapat sendiri mengenai kematangan, kerana saya suka menilai kematangan seseorang dan melihat cara seseorang itu berfikir, serta mudah tertarik dengan mereka yang berfikiran matang :)











Wednesday, September 11, 2013

Holiday = Futur?


CUTIIIIII !!!!!

Sememangnya perkataan yang sangat ditungggu-tunggu oleh setiap insan yang bergelar PELAJAR, semestinya.

Antara perkara yang orang cakap mainstream untuk dilakukan   :

~ habiskan masa dengan family
~cuti-cut Malaysia, makan angin sampai kenyang
~lepak denagn kawan-kawan yang dah lama tak jumpa
~duduk depan laptop menghadap english movies, cerita korea, Jepun, Taiwan bagai
~ baca novel yang sebelum ni yang sempat baca separuh jer, atau memang tak sentuh langsung sebab memang nak spare untuk baca bila dah habis exam
~ menghadap skrin komputer atau phone tak berkelip mata sekalipun main game
~ni bagus sikit:ringan-ringankan tulang dan otot-otot jadi pembantu mak, ayah, adik, abang, kakak, nenek datuk semua *clap clap
atau
~tarik selimut, tutup mata rapat-rapat. Dan terus berdengkur.

Semua aku dah buat. Cuti sebualan rasanya boleh tahan panjang. Cuba fikir apa yang tertinggal, fikir balik..apa yang dah aku buat sepanjang minggu pertama cuti..


"Masa lapang bagi seorang dai'e adalah permulaan futur bagi dirinya."
-gabbana

Sentap.

Adakah akan aku teruskan baki tigu minggu lagi dengan cara yang sama?
Buat perkara yang tidak langsung memanfaatkan diri?
Bukankah setiap masa yang Allah telah peruntukkan akan dipersoalkan kelak?

Terasa diri ini sangat futur
yes, 
FUTUR!

Teringat satu pesanan kak naqibah kepada adik-adiknya yang disayangi
" takkan setiap kali balik rumah awak nak futur??"
SENTAP  sekali lagi
Mana hilangnya aplikasi tarbiyyah zatiyah yang pernah aku belajar dulu? *sigh*

Apa itu futur?
Bagi yang tengah garu kepala, sila google
Bagi aku, futur itu simple jer. Maksudnya MALAS
Perasaan malas untuk Istiqamah.
Di saat anda leka dengan waktu, di saat itulah anda futur.


Bangun!
Balik rumah bukan alasan untuk futur;
Alasan untuk untuk lewat-lewatkan solat
Alasan untuk malas tadabbur ayat al-Quran
Alasan untuk subuh gajah dinasaur bagai
Alasan untuk tinggalkan solat sunat
Alasan untuk malas solat Dhuha
Huh, apa lagi..?


" Chill la bro..nama pon cuti..masa cuti ni la nak relax and and have some fun!"

Betul tu, aku tak cakap salah
Tapi, itu bukan alasan untuk biarkan iman anda kehabisan batteri tidak bercas
Bukan alasan untuk FUTUR
Bukan alasan untuk lemah
Sultan Muhamad Al Fatih dilantik untuk memimpin kerajaan Turki Uthmaniah ketika berusia 19 tahun lagi
Berapa banyak masa agaknya dia menghabiskan zaman remajanya dengan futur?
Anda?



Pesanan daripada seorang tokoh yang aku kagumi; Imam Hassan Al-bana
Waktu adalah KEHIDUPAN.
 Kehidupan manusia adalah waktu yang dilaluinya dari mula dia lahir hingga meninggal dunia.
Oleh itu sesiapa mensia-siakan masa ,
bermakna dia telah mensia-siakan kehidupannya atau menghabiskan sebahagian daripada nyawanya tanpa mendapat sebarang manfaat. 
Mereka itulah orang yang RUGI HIDUP DI DUNIA INI,
 yang menghabiskan masa hidup tidak ubah seperti binatang,
 hanya memuaskan nafsu semata-mata.




Tak salah nak gunakan masa untuk habiskan semua movie yang ada kat dalam laptop, setiap masa berkicau *tweet , atau online menghadap muka buku, atau ambil masa untuk relax *masa cuti jelah masa untuk buat semua tu kan? Yang penting, balance. Input kena ada, ilmu kena masuk. Tak kisahlah ilmu apapun kan.Elakkan diri daripada futur. Isiqamah is always the hardest thing.


Pembakar semangat untuk terus istiqamah;



"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, 'Tuhan kami adalah Allah,' kemudian mereka beristiqamah, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu."
[Fussilat, 41:30]

Pegang, genggam janji Allah. Erat-erat.