Saturday, October 1, 2011

Nilai sebuah nasihat

Sebelum itu, penulisan ini hanyalah untuk meluahkan pendapat dan mencurahkan isi yang dipendam di dalam lubuk hati ini..bukan dengan niat menyindir atau mengutuk sesiapa..mereka yang membaca, di harapkan dapat memberikan pandangan atau memberi ‘feedback’ agar sama-sama dapat berkongsi pendapat..



Cerita bermula dengan perbuatan seorang si A yang cuba menegur seorang rakannya.Apa yang ditegur semuanya betul, hanya dengan niat untuk memberitahu si jejaka ini untuk menghentikan satu perbuatan yang dianggap buruk baginya. Teguran dinyatakan secara jelas dan baik, tetapi, apa yang diperoleh balik hanyalah balasan sinis daripada si jejaka tersebut. Bukan sahaja teguran tersebut tidak dapat diterima, malah turut diberitahu dan disebarkan kepada beberapa orang rakan lain yang turut melakukan perbuatan ‘buruk’ yang sama.

"Sesungguhnya antara hak-hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ialah menasihatnya (jujur dan berbuat baik kepadanya) apabila dia tiada bersama.”

Perbuatan si A tidak berjaya mengubah apa-apa, kerana hanya yang diperoleh adalah perasaan benci oleh mereka yang terasa dengan teguran tersebut. Orang yang ditegur tetap mengendahkan nasihat  yang diberi dan tetap dengan perbuatannya.

Salahkah kita untuk menegur perbuatan rakan yang sudah terang lagi bersuluh adalah perbuatan yang salah? Saya mengkagumi perbuatan si A yang berani menegur atas dasar persahabatan untuk mengubah tabiat rakannya yang menjelikkan ramai orang (tetapi orang lain tidak berani untuk menegur). Walaupun perbuatannya itu hanya mendapat cacian dan mengundang kebencian daripada mereka yang terasa ( dan semestinya melakukan kesalahan), pada pendapat saya, tidak rugi untuk hilang seorang rakan yang tidak mahu mendegar nasihat rakan yang lain untuk mengubahnya ke arah yang lebih baik.

Yang mana anda akan pilih, menegur seorang rakan yang sudah ternyata salahnya sehingga musnah hubungan persahahabatan dengan orang tersebut, atau bersikap ‘tidak masuk campur’ dan menunggu apa kesudahannya? Mungkin anda akan menjawab ‘cuba tegur dia..tapi lantak dia lah nak terima ke tak..’.

Saya tidak boleh mengakukui ada daripada kita yang hanya ‘pejam mata’ sahaja dengan tingkah laku rakan rapat walaupun mengetahui perbuatannya salah. ‘Cuba tegur dia..tapi lantak dial ah nak terima ke tak..’?? walaupun hanya seperti perbuatan yang mudah, tapi percayalah, amat sukar untuk melakukannya kerana ia mungkin menjadi titik permulaan kepada keretakan hubungan persahabatan anda. (terutamanya orang yang hendak ditegur merupakan rakan rapat anda)

Sememangnya, manusia sememangnya mempunyai ego yang sangat tinggi untuk sukar menerima kritkan orang lain terhadap kita..saya tidak boleh menafikan itu kerana saya sendiri kadangkala sukar menerima kritikan orang lain. Ya, kita memang akan merasakan bahawa diri sendiri yang betul dan orang lain yang salah. Lihat sahajalah di ujibakat AF atau program realiti lain, pasti ada yang mengutuk dan membalas kritikan juri kerana mereka tidak terpilih selepas  dikritik tentang kekurangan mereka dalam nyanyian. Disebabkan itulah, saya merasakan bahawa mereka yang sanggup menerima kekurangan diri dan sanggup dikritik merupakan mereka yang benar-benar hebat.

 “Diriwayatkan daripada Tamim ad-Dari r. a. bahawa nabi Muhammad SAW bersabda : ‘Agama adalah nasihat’. Baginda mengulanginya sebanyak 3 kali. Kami pun bertanya : ‘Untuk siapakah wahai Rasulullah?’ Jawab baginda : ‘Untuk ALLAH, KitabNya, RasulNya, pemerintah-pemerintah orang Islam dan orang awam Islam.”
(Hadith riwayat Muslim)


*marilah kita sama-sama saling menasihati ke arah kebaikan..dan ingatlah, mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman;)

No comments:

Post a Comment