Anda kenal gambar di atas??...ya, ini merupakan sebuah rancangan realiti yang dipopularkan oleh TV3 kini. Peserta-peserta yang dipilih untuk memasuki program realiti yang berbentuk nyanyian ini dipilih bedasarkan kelunakan suara mereka tatkala mendendangkan lagu di samping kekuatan vokal yang mereka miliki, bukan bedasarkan paras rupa.
Hmmm, tatkala meneliti gambar-gambar dan wajah-wajah yang terpampang di laman sosial facebook, banyak perkara yang saya terfikir...
Ya, perempuan-perempuan ini sangat cantik....dengan wajah yang mereka miliki, pasti begitu senang untuk menarik pengguna-pengguna facebook yang lain untuk meng'like' gambar-gambar mereka..tetapi, inikah yang sepatutnya mereka lakukan? memaparkan aurat dan ke'gedikan' mereka kepada saudara islam yang bukan muhrim...? atau sengaja memaparkan gambar mereka yang kebanyakannya tidak bercirikan islam untuk mendapat 'like' yang banyak..?
Tidak perlulah saya menceritakan betapa cantiknya mereka...kerana ianya subjektif dan anda sendiri sebenarnya yang memberikan makna kepada perkataan 'cantik' itu sendiri..Jika ditanya apakah makna cantik, pasti yang saya akan peroleh berbeza-beza..tapi, inilah makna CANTIK di mata saya...
 |
seorang yang 'sedap mata' memandang;yakni sentiasa menjaga auratnya pada pandangan lelaki2 bukan muhrim..tidak semestinya memakai purdah atau memakai tudung labuh, tetapi sekurang-kurangnya berpakaian sopan dan menutup aurat sepenuhnya...dan juga gambarnya bebas daripada dipamerkan di laman-laman sosial untuk menjaga maruahnya sebagai seorang wanita muslim.
|
Ini merupakan pendapat saya sebagai seorang yang bergelar wanita...saya amat mengkagumi wanita-wanita yang mempunyai ciri-ciri seperti;
 |
CANTIK; yakni menutup aurat dengan sempurna dan seperti yang dikatakan tadi; pandai menjaga maruahnya daripada pandangan lelaki. (eg; tidak memaparkan gambar yang tidak sepatutnya di laman sosial semata-mata untuk mendapatkan perhatian)
|
 |
| tidak suka mengumpat atau mengutuk orang lain (biasalah, mulut pompuan memang susah skit nak jaga-.-) |
 |
| wanita yang menjaga tutur katanya, sopan bicaranya dan pamdai mengatur ayatnya (: |
 |
| Dapat mengawal dirinya ketika marah (dan ermmm, tak berapa beremosi,hehe)..(; |
 |
merdu suaranya; bukan untuk berkaroke yang pasti..(;
|
Saya amat mengkagumi wanita yang bukan sahaja CANTIK di mata manusia, tetapi juga mempunyai mempunyai ciri-ciri seperti di atas. Perlu sekali saya sematkan dalam diri;
“Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (hadis sahih, riwayat Muslim no. 3628).
Beauty is subjective, its you who define the words!
No comments:
Post a Comment