Saturday, October 29, 2011

how much sincerity do you have?

Bismillahirrahmanirrahim.With the name of Allah, the Most Merciful and the Most Gracious.

Alhamdulillah, aku telah selamat berdaftar di kolej sebagai salah seorang pelajar perubatan tahun pertama. Sedar tak sedar, angan-anganku kini untuk menjadi seorang pelajar perubatan telah menjadi satu kenyataan. Syukur ke hadrat Illahi kerana semua ini adalah takdir yang ditentukan olehNya..manusia hanya mampu merancang, tapi Dialah yang menentukan segala-galanya..aku sedar, ini adalah satu permulaan..ini hanyalah langkah pertama yang akan membawaku jauh menuju jalan yang belum pasti arahnya di masa akan datang..

Getting into what we called 'MBBS' is not merely by changing the fb status from 'study at centre of foundation study' to ' mbbs at management and science university' like most of my friends excitedly did in their fb account. yeah, i think a lot, 'what's so great about getting into mbbs program?'

Pada pendapat aku, menetapkan dan memperbetulkan niat itu adalah penting.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar Bin Al-Khattab r.a katanya ; " Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : " Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat balasan berdasarkan apa yang dia niatkan"

Kata-kata seorang guru sewaktu di tingkatan 3 masih lagi aku ingat. Kata-kata beliaulah yang menyebabkan terlintas di dalam benak fikiranku bahawa the best doctor is a person who just not being an ordinary doctor, but a special one who strongly standing behind her religion(islam) with a strong iman in her heart. 




A doctor without iman in his/ heart just like a heavy and beautiful box, without anything useful inside it. The important thing about being a doctor is the usage of your skills and knowledge to treat the patient in order to contribute to our society.and what we need here is a word called 'sincerity'.

Sincerity only comes from a pure heart.The best sincerity that I can define is the sincerity for doing a job only to get His blessings (lillahi taa la). To be a good muslim doctor, YESS, u need that kind of sincerity.

Melihat kepada perspektif kerjaya seorang doktor itu sendiri, 'on call' dan kerja sehingga lewat malam sudah menjadi norma.jika hendak dibandingkan dengan kerjaya lain, I cant deny doctor is one of the most toughest jobs. Disebabkan itulah niat itu perlu diperbetulkan. If your true intention is all about being rich, then just dont be a one.There's so many careers out there you can choose without such stressful life in the drugs-smelled environment, with the sick people with their weary faces and not to forget, the 'on call' moment where you have to force your eyes to open throughout the nights when the others are having their sweet dreams on their bed. You can choose other careers; with just 3 or 4 years to graduate (compared to the doctors;5 years),with less stressful life in the university with more chance to enjoy yourself as a 'student'. You can be a pilot; with just 3 years of training with just average result of exam (dont need to obtain 4.00 credit) and the salary is well of course...much much greater than the Doctors..

So, what's wrong with all these people cracking their brain out for 5 years studying MBBS? this is not included the time they need to spend  during the wee hours of the morning running here and there in the hospital in the emergency unit? and not to mention the average salary treated for the government doctors?  Well,this is when the 'sincerity' is greatly needed.

This is just an opinion based on my observation. If money that you want, yes, you can be a rich doctor ( a doctor can also makes a huge sum of money, you know). But it really depends on your intention; if you are sincere (in terms of what i've said above); I believe that you will get both; the Duniya' and the Akhirat(insyaallah)..that's what I believe for right now.

Saturday, October 1, 2011

Nilai sebuah nasihat

Sebelum itu, penulisan ini hanyalah untuk meluahkan pendapat dan mencurahkan isi yang dipendam di dalam lubuk hati ini..bukan dengan niat menyindir atau mengutuk sesiapa..mereka yang membaca, di harapkan dapat memberikan pandangan atau memberi ‘feedback’ agar sama-sama dapat berkongsi pendapat..



Cerita bermula dengan perbuatan seorang si A yang cuba menegur seorang rakannya.Apa yang ditegur semuanya betul, hanya dengan niat untuk memberitahu si jejaka ini untuk menghentikan satu perbuatan yang dianggap buruk baginya. Teguran dinyatakan secara jelas dan baik, tetapi, apa yang diperoleh balik hanyalah balasan sinis daripada si jejaka tersebut. Bukan sahaja teguran tersebut tidak dapat diterima, malah turut diberitahu dan disebarkan kepada beberapa orang rakan lain yang turut melakukan perbuatan ‘buruk’ yang sama.

"Sesungguhnya antara hak-hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ialah menasihatnya (jujur dan berbuat baik kepadanya) apabila dia tiada bersama.”

Perbuatan si A tidak berjaya mengubah apa-apa, kerana hanya yang diperoleh adalah perasaan benci oleh mereka yang terasa dengan teguran tersebut. Orang yang ditegur tetap mengendahkan nasihat  yang diberi dan tetap dengan perbuatannya.

Salahkah kita untuk menegur perbuatan rakan yang sudah terang lagi bersuluh adalah perbuatan yang salah? Saya mengkagumi perbuatan si A yang berani menegur atas dasar persahabatan untuk mengubah tabiat rakannya yang menjelikkan ramai orang (tetapi orang lain tidak berani untuk menegur). Walaupun perbuatannya itu hanya mendapat cacian dan mengundang kebencian daripada mereka yang terasa ( dan semestinya melakukan kesalahan), pada pendapat saya, tidak rugi untuk hilang seorang rakan yang tidak mahu mendegar nasihat rakan yang lain untuk mengubahnya ke arah yang lebih baik.

Yang mana anda akan pilih, menegur seorang rakan yang sudah ternyata salahnya sehingga musnah hubungan persahahabatan dengan orang tersebut, atau bersikap ‘tidak masuk campur’ dan menunggu apa kesudahannya? Mungkin anda akan menjawab ‘cuba tegur dia..tapi lantak dia lah nak terima ke tak..’.

Saya tidak boleh mengakukui ada daripada kita yang hanya ‘pejam mata’ sahaja dengan tingkah laku rakan rapat walaupun mengetahui perbuatannya salah. ‘Cuba tegur dia..tapi lantak dial ah nak terima ke tak..’?? walaupun hanya seperti perbuatan yang mudah, tapi percayalah, amat sukar untuk melakukannya kerana ia mungkin menjadi titik permulaan kepada keretakan hubungan persahabatan anda. (terutamanya orang yang hendak ditegur merupakan rakan rapat anda)

Sememangnya, manusia sememangnya mempunyai ego yang sangat tinggi untuk sukar menerima kritkan orang lain terhadap kita..saya tidak boleh menafikan itu kerana saya sendiri kadangkala sukar menerima kritikan orang lain. Ya, kita memang akan merasakan bahawa diri sendiri yang betul dan orang lain yang salah. Lihat sahajalah di ujibakat AF atau program realiti lain, pasti ada yang mengutuk dan membalas kritikan juri kerana mereka tidak terpilih selepas  dikritik tentang kekurangan mereka dalam nyanyian. Disebabkan itulah, saya merasakan bahawa mereka yang sanggup menerima kekurangan diri dan sanggup dikritik merupakan mereka yang benar-benar hebat.

 “Diriwayatkan daripada Tamim ad-Dari r. a. bahawa nabi Muhammad SAW bersabda : ‘Agama adalah nasihat’. Baginda mengulanginya sebanyak 3 kali. Kami pun bertanya : ‘Untuk siapakah wahai Rasulullah?’ Jawab baginda : ‘Untuk ALLAH, KitabNya, RasulNya, pemerintah-pemerintah orang Islam dan orang awam Islam.”
(Hadith riwayat Muslim)


*marilah kita sama-sama saling menasihati ke arah kebaikan..dan ingatlah, mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman;)